skip to Main Content

D’FINI COTTAGE merupakan satu penginapan homestay yang berkonsepkan resort. Ianya didirikan di kawasan seluas 3 ekar  dan terletak di  Kuang, Selangor.  Mula beroperasi secara rasminya pada 1 Jan 2014. Reka bentuk D’FINI Cottage menggabungkan dua elemen iaitu british dan asia. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian tanah iaitu bahagian tanah paling atas terdiri daripada 14 unit bilik yang berbagai jenis. Reka bentuk serta binaan bilik berciri ala bali manakala bahagian tanah di peringkat kedua pula terdiri daripada sebuah banglo besar yang berkonsepkan british serta sebuah kolam renang. Di dalamnya ditempatkan dewan makan, surau, bilik mesyuarat, lobby, pejabat, dapur dan bilik VIP karaoke. Di bahagian tanah  paling bawah pula terletaknya sebuah Dewan Besar yang boleh memuatkan seramai 500 orang.

Konsep dewan yang unik dan menarik ini dikhaskan untuk acara perkahwinan dan majlis makan malam. Dewan ini direka bentuk seperti sebuah taman agar majlis perkahwinan atau makan malam dapat diadakan seperti dalam sebuah taman.

Selain dari itu terdapat tempat menarik yang berhampiran iaitu Tasik Biru, Kundang. Ianya merupakan sebuah tempat untuk para pelancong berriadah sambil melakukan aktiviti seperti bermain jetski, kayak dan sampan. Kedudukannya hanya 3km dari Dfini Cottage. Terdapat pelbagai jenis gerai makanan yang terletak sekitar kawasan bagi memudahkan para pengunjung menikmati makanan di waktu malam.

Misi D’FINI COTTAGE adalah mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal. Antara misi utama D’FINI COTTAGE adalah menjadikan D’FINI COTTAGE satu jenama yang dikenali dalam industri perhotelan dan pendidikan di Malaysia serta memastikan kepuasan pelanggan melalui pengurusan perkhidmatan yang cemerlang

Visi kami adalah untuk menjadi sebuah Homestay Resort yang terunggul di Malaysia melalui mutu perkhidmatan yang cemerlang dan layanan mesra pelanggan.

Back To Top